Pages

Wednesday 19 August 2015

Beli Power Bank Murah? Anda Mungkin Tertipu!





Ramai yang rasa beruntung dapat memiliki power bank berkapasiti tinggi dengan harga yang rendah. Ini satu KESILAPAN BESAR!

Ini kerana, kini terdapat lambakan power bank di luar sana yang dijual dengan harga yang sangat murah walaupun ianya berkapasiti tinggi. Pernah satu kes, power bank berkapasiti 30,000mah dijual dengan harga RM40. Ini Tak masuk akal! (Teremosi pulak. Hehe...)

Kenapa ada yang jual murah dan ada yang jual mahal?

Antara sebabnya adalah:

1 - JENIS BATERI

Kebanyakan bateri power bank diperbuat dari DUA jenis bateri iaitu:

1 - Li-Thium Ion
2 - Li-Polymer

Apa beza antara kedua-duanya?

1 - Li Thium-ion

- saiz dan ukuran yang TETAP
- menghasilkan lebih HABA berbanding Li-Polymer
- Li-thium lebih MURAH berbanding Li-Polymer. Salah satu faktor penyumbang harga power bank lebih RENDAH dan MURAH
- mempunyai kebocoran kuasa yang tinggi. Maknanya anda perlu lebih kerap mengecas power bank yang menggunakan batteri Li-thium
- ketahanan bateri yang RENDAH 


2 - Li Polymer

- bateri jenis Li Polymer adalah flexible. Ianya boleh bentuk mengikut model power bank.
- menghasilkan haba lebih rendah berbanding Li Thium-ion menjadikan ia lebih SELAMAT
- Li Polymer lebih mahal berbanding Li Thium-ion. Sebab itu power bank yang menggunakan bateri jenis ini lebih mahal 
- mempunyai kebocoran kuasa yang lebih rendah dari bateri Li Thium-ion dan menjadikan ia lebih stabil
- ketahanan bateri lebih TINGGI


2 - JENIS WIRE CABLE



Kadang-kadang, ada juga peniaga yang cuba ambil kesempatan mengambil power bank yang original dan ditukar dengan yang palsu atau berkualiti rendah. Jika ini berlaku, berkemungkinan akan terjadnya litar pintas ketika anda mengecas phone anda. Jadi, saya cadangkan anda periksa dahulu cable power bank anda sebelum beli. 


3 - BRANDED vs OEM




Kepada yang tak pernah tahu, power bank OEM ialah power bank yang tiada brand atau boleh jadi ada brand tapi brand yang anda tak pernah dengar.

Power bank yang ada brand (branded power bank) kebiasaannya di jual dengan KAPASITI SEBENAR dan harganya biasanya lebih tinggi dari power bank OEM.

Berbeza dengan power bank OEM pula, biasanya ia mempunyai kapasiti yang TINGGI namun harganya jauh lebih MURAH walaupun sebenarnya kapasiti SEBENARNYA hanyalah 1500-2000mAh sahaja walaupun mereka menjual kapasiti 30000mah-50000mAh.


Pernah tak anda beli power bank yang tulis 20,000mah atau 30,000mah dan sebagainya tapi bila cas phone dapat cas sekali dua je. Kalau pernah, itu salah satu tandanya power bank anda bukan original dan mungkin OEM.

Oleh itu, JANGAN TERTIPU dengan kapasiti yang TINGGI tapi MURAH.

Jika info ini memberi manfaat sila share kat kawan-kawan lain juga ye. :)


Wallahua'alam



No comments:

Post a Comment